Haid

Boleh Ke Haid Jadi Sikit Atau Sekejap?

Boleh Ke Haid Jadi Sikit Atau Sekejap?

Kalau bernasib baik, memang anda untung! Berapa tebal lapisan pada uterus terjadi dalam beberapa minggu sebelum haid anda sampai, itulah yang tentukan berapa banyak darah haid anda keluar, sama ada lama atau sekejap. Memandangkan kita semua berovulasi setiap bulan, tahap hormon yang hasilkan lapisan di uterus selalunya kekal sama setiap bulan. Tapi ada juga bulan-bulan yang tiba-tiba anda tak berovulasi atau tahap hormon jadi rendah atas sebab-sebab tertentu (seperti turun berat badan mendadak, kerap bersenam, stres), haid anda mungkin jadi lagi sekejap atau lagi sikit berbanding biasa.

Haid boleh jadi keluar sikit dan berlanjutan selama 7 hari atau boleh jadi keluar banyak dan berlanjutan selama 3 hari saja. Semuanya bergantung kepada individu. Untuk kebanyakan perempuan dewasa, haid biasanya akan jadi selama 3-5 hari - keluar banyak pada 2-3 hari dan semakin kurang pada hari-hari akhir. Tapi tak pelik kalau haid keluar banyak selama 5 atau 6 hari. Kalau jadi macam itu, rasa macam darah tak nak berhenti mengalir! Paling bijak untuk ambil langkah berjaga-jaga dengan pakai pad untuk 2 hari ekstra, mana tahu badan anda tiba-tiba nak kenakan anda, tiba-tiba baki haid boleh keluar tanpa bersedia.

Asalkan haid anda keluar selama 3 hari atau lebih, tandanya anda sihat walafiat. Tapi kalau anda selalu alami aliran mengejut dan selalu keluar meleleh, dan juga jika anda aktif secara seksual, pastikan anda buat ujian kehamilan! Kadang-kadang pada awal peringkat kehamilan, anda boleh dapat haid yang sangat sikit. Jadi kalau haid anda ada tanda-tanda yang sebegini, sila jangan ambil ringan.

Ada perempuan yang memang semulajadi dapat haid yang sikit dan sekejap setiap bulan. Untunglah. Sekali lagi diingatkan, semuanya bergantung dengan tindak balas badan anda. Anda hanya perlu sentiasa peka, dan jangan senang-senang anggap haid yang keluar dengan sikit akan jadi lagi setiap bulan. Bawalah bekal pad di dalam beg anda, sediakan payung sebelum hujan!

Sumber: Artikel diadaptasi daripada sumber artikel asli U by Kotex – Australia

Recommended Products