Kitaran Haid Anda
Kitaran Haid Anda
Secara purata, satu kitaran haid adalah selama 28 hingga 30 hari, tapi disebabkan setiap orang adalah berbeza, satu kitaran boleh jadi selama 21 hingga 35 hari. Satu cara nak pastikan anda dapat ikut tempoh kitaran haid adalah dengan membuat tanda pada kalendar. Ini boleh tolong anda tahu berapa lama kitaran haid anda, yang dapat membantu menentukan kitaran anda yang seterusnya. Anda memang akan sentiasa menghadapi datang bulan, tapi sekurang-kurangnya anda dah boleh tahu dan agak bila ia akan tiba!
Hari ke 1-7
Darah haid menentukan permulaan kitaran haid anda. Pada peringkat awal, darah haid tidak akan keluar dengan banyak, tetapi sebaliknya keluar sedikit demi sedikit, jadi Kotex® Slim Pads dah cukup untuk anda guna. Lebih selamat jika anda pakai untuk ada pakai Kotex® Daily Liner, untuk menyediakan diri anda untuk kitaran seterusnya.
Lebih kurang hari ke-2 atau ke-3, anda akan sedar yang darah haid akan mengalir semakin banyak, Kotex® Overnight Wing Pads dengan Pro-Active Guards ternyata menjadi teman baik anda buat masa ini. Penahan di kedua-dua belah pad boleh melekap dengan selesa di badan untuk elakkan sebarang kebocoran, lebih-lebih lagi semasa anda baring. Baju tidur anda juga dapat diselamatkan dari terkena kesan darah! Di peringkat akhir haid, bila darah dah kurang mengalir keluar, gunakan Kotex® Slim Pads dan Kotex® Daily Liners.
Hari ke 8-14
Salah satu ovari anda akan lepaskan sebiji telur dan uterus anda akan bermula membina lapisan. Kotex® Daily Liners paling sesuai digunakan supaya seluar dalam anda kekal bersih dan selesa pada peringkat ini. Ia boleh didapati dengan jenis ditambah pewangi dan juga tanpa pewangi. Paling menarik sekali, tiada seorang pun yang akan perasan anda memakainya. Kalau nak kekal rasa segar sepanjang hari, rajin-rajin tukarkan kepada liner baru.
Hari 15-28
Jika telur tak disenyawakan, lapisan di dinding uterus akan terus membina sampai satu tahap hormon anda tiba-tiba menurun. Anda tak akan perasan ia berlaku, tapi perkara ini akan buatkan lapisan itu dihakis dan anda akan dapat haid. Waktu-waktu sebegini, menuju ke hari yang ke-28, boleh jadi saat yang kurang menyenangkan kalau anda tak bersedia. Tapi jangan risau, kami ada penyelesaian yang prihatin dengan keadaan ini. Gunakan Kotex® Daily Liner di siang hari dan pastikan anda bawa beberapa Kotex® Ultrathin sebagai sokongan jika berlaku kecemasan.