Haid

Jangan Biarkan Kekejangan Ganggu Gaya Anda

Jangan Biarkan Kekejangan Ganggu Gaya Anda

Jangan biarkan kekejangan semasa haid mengganggu anda. Di sini ada beberapa cara untuk mengawalnya.

Buat Perancangan Awal

Kalau anda seorang yang sentiasa dapat kekejangan perut, cara terbaik adalah dengan mengelakkan peluang serangan kekejangan. Sehari atau dua hari sebelum haid anda sampai, makanlah pil ibuprofen yang boleh dibeli di farmasi. Kebanyakan perempuan boleh ambil sebanyak 4 biji pil 200mg (800 mg setiap satu dos) dalam tempoh 6 hingga 8 jam tanpa sebarang kesan sampingan. Dengan mengamalkan cara ini secara konsisten, anda boleh mengelakkan kejadian kekejangan. Kalau haid anda datang secara tidak menentu, jangan tunggu sampai kekejangan menjadi semakin teruk baru anda cari pil. Anda haruslah mangambil langkah-langkah awal apabila mengesan tanda-tanda kecil yang menunjukkan bahawa haid anda semakin hampir.

Sesuatu Yang Panas

Satu cara yang paling mujarab untuk legakan kekejangan ialah suhu panas. Pad pemanas, atau “beg beras” (anda boleh buat sendiri!) pasti berhasil. Atau mandi gunakan air suam. Inilah masanya untuk manjakan diri anda bila terkena kekejangan perut semasa haid. Nyalakan lilin wangi, pasangkan lagu yang menenangkan, dan berendam dalam tab mandi. Bayangkan anda berada di dalam spa.

Lekakan Diri Anda

Jangan terlalu fikirkan rasa sakit kalau perut rasa kejang. Nak hilangkan rasa kejang ambil sedikit masa, dan bukannya boleh hilang serta-merta. Cara paling diketahui ramai ialah dengan mengambil ubat tahan sakit, gunakan pad pemanas, dan layan filem kegemaran anda. Bila anda sibuk menonton filem, pasti anda lupakan rasa kejang yang pada mulanya menyakitkan dan anda tak perasan pun yang perlahan-lahan kekejangan semakin hilang. Tak cukup masa nak tengok filem? Cuba bertafakur, bayangkan anda di tempat yang tenang, atau nyanyi mengikut lagu kegemaran anda di radio sehingga anda boleh lupakan rasa sakit kejang di perut.

Jaga Baik Badan Anda

Bila anda rasa tak sedap badan, senang untuk dapat nafsu nak capai dan makan makanan ringan. Cuba sehabis baik untuk kawal nafsu, okay? Makan snek yang tinggi dengan kandungan gula dan garam tak akan membantu. Kalau anda makan juga, anda pasti akan rasa kembung perut dan lagi senang kena kejang. Penting untuk sentiasa minum air kosong, kerana rasa tak selesa yang anda alami selalunya disebabkan oleh penahanan air dalam badan (yang kadang-kadang terjadi ketika haid) dan dengan minum air yang banyak boleh membantu melegakan badan. Air suam atau teh adalah pilihan paling baik.

Berjumpa Dengan Doktor

Kalau anda dah buntu bila gunakan pad pemanas, minum teh panas, berfikir positif sepanjang masa, dan satu cara pun tak membantu untuk legakan rasa kejang, dah tiba masanya untuk anda berjumpa dengan pakar kesihatan. Lebih-lebih lagi bila kekejangan yang anda rasa mengganggu rutin harian anda. Kalau anda ada sebarang soalan yang nak ditanya, tidak kisah sama ada ia soalan normal tentang haid sekali pun, jangan berlengah - segera berjumpa dengan doktor sekarang.

Recommended Products