Haid

Kenali Herba-Herba Yang Paling Berkesan Untuk Membantu Mengurangkan Senggugut

Kenali Herba-Herba Yang Paling Berkesan Untuk Membantu Mengurangkan Senggugut Salah satu simptom sindrom pra-haid yang paling biasa adalah kekejangan di bahagian bawah abdomen atau perut.Ini disebabkan oleh prostaglandin yang berlebihan, iaitu bahan yang serupa dengan hormon yang berkaitan dengan kesakitan dan keradangan. Ketidakselesaan yang disebabkan oleh senggugut boleh mengganggu rutin seharian anda. Sebab itulah ianya amat membantu untuk ketahui herba paling efektif yang boleh membantu mengurangkan senggugut. Herba-herba perubatan telah diamalkan sejak berabad lamanya untuk merawat pelbagai penyakit, dengan hasil bagus yang terbukti dan diakui ramai. Untuk senggugut pula, terdapat pelbagai jenis teh herba yang keberkesanannya menjadi perbualan ramai. PENAWAR SEMULAJADI UNTUK SENGGUGUT Herba-herba perubatan yang sering digunakan untuk merawat senggugut dengan berkesan adalah: KAMOMIL: Anda mungkin pernah menggunakan herba ini untuk menenangkan diri sebelum tidur, tapi tahukah anda bahawa kamomil juga boleh memberi kesan yang ketara pada otot rahim? Kandungan flavonoid dan sebatian presteroid yang tinggi dalam kamomil boleh melegakan kekejangan tisu otot lembut dan mengurangkan keradangan. Ini teh yang paling popular untuk membantu mengurangkan senggugut, kerana ianya terbukti berkesan. RASPBERI: Teh daun raspberi juga adalah salah satu penawar semulajadi yang disyorkan untuk melegakan senggugut. Ia mengandungi kandungan bahan yang boleh melegakan kesakitan haid. PUDINA: Kandungan mentol di dalam pudina terbukti berkesan sebagai penahan sakit; jadi teh pudina adalah pilihan yang bijak untuk diminum bagi mengurangkan sakit senggugut. Jika anda mencari penawar untuk melawan kekejangan semasa haid, pudina adalah antara herba yang paling berkesan.

Recommended Products