Terma & Syarat.
1. Peraduan ini terbuka kepada semua gadis Malaysia kecuali kakitangan dan
keluarga terdekat Kimberly-Clark Trading (M) Sdn Bhd (“Kimberly-Clark”),
syarikatsyarikat sekutu, agen-agen, wakil-wakil dan agensi-agensi pengiklanan
dan promosi jualan masing-masing.
2. Peserta boleh menghantar seberapa banyak borang penyertaan yang mereka
ingini. Salinan fotostat borang diterima tetapi setiap borang penyertaan mesti
diisi lengkap; dan disertakan:
- Kiraan tepat jumlah “Panties” di dalam Jam yang dipaparkan di borang
penyertaan (“Jawapan”) dan
- Satu (1) polibeg luar produk Kotex® (sama ada
Kotex® Soft & Smooth, Kotex® Dri- Comfort, Kotex® Style ataupun Kotex® Fresh
Pantiliners)
3. Semua penyertaan mesti diposkan kepada: Peraduan Kotex® "Count the Panties",
PO Box 8615, Pejabat Pos Kelana Jaya, 46793 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.
4. Hanya penyertaan yang dihantar melalui pos biasa ke Peti Surat yang dinyatakan
akan diterima. Penyertaan yang dihantar melalui khidmat penghantar, kourier,
penghantaran ekspres atau Pos Laju akan dibatalkan secara automatik. Bukti
penghantaran pos bukan bukti penerimaan. Kimberly-Clark dan agensi-agensi yang
terlibat tidak akan bertanggungjawab ke atas penyertaan yang hilang, lambat, dicuri,
rosak atau salah dialamatkan.
5. Semua penyertaan mesti diterima sebelum 5.30 petang 31hb Disember 2009.
Penyertaan yang diterima selepas tarikh ini akan dibatalkan.
6. Terdapat 200 hadiah untuk dimenangi. Setiap hadiah merupakan bayaran untuk
panggilan telefon pemenang bernilai RM1,000. Pemenang boleh memilih sama ada
untuk memasukkan wang tunai terus ke dalam akaun telefon “Postpaid” atau “Prepaid”.
Hadiah ini terbuka untuk semua telekomunikasi Malaysia.
7. Hanya 200 pemenang akan dipilih daripada penyertaan betul dan lengkap yang
diterima pada selang setiap 120 penyertaan. Contohnya, hadiah akan diberikan
kepada peserta ke-120, ke-240 dan seterusnya, sehingga peserta ke-24, 000.
8. Hadiah yang dimenangi tidak boleh dipindah hak milik atau ditukarkan dengan
wang tunai dan mesti diterima seperti yang ditawarkan.
9. Para pemenang akan dihubungi melalui telefon. Sekiranya pihak pemenang tidak
dapat dihubungi pada percubaan pertama, contohnya, tiada jawapan, nombor telefon
tiada dalam perkhidmatan, tiada penyambungan dan lain-lain, dua (2) percubaan lain
akan dibuat lagi dalam tempoh dua puluh empat (24) jam yang berikutnya selepas
panggilan pertama. Sekiranya masih tidak dapat dihubungi, pemenang tersebut akan
dibatalkan.
10. Keputusan panel pengadil adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak
akan dilayani.
11. Kimberly-Clark berhak membatalkan penyertaan/kemenangan mana-mana
pemenang sekiranya pemenang melanggar mana-mana Peraturan Peraduan “Count
the Panties”.
12. Serentak dengan penyertaan dalam kem ini, para pemenang turut memberikan
kebenaran kepada Kimberly-Clark serta agensi-agensinya untuk menggunakan nama,
penyertaan dan/atau gambar mereka untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau
perdagangan tanpa sebarang bayaran pampasan mahupun pemberitahuan. Para
pemenang juga mungkin dikehendaki menghadiri upacara penyampaian hadiah atau
menyertai program publisiti. Kimberly-Clark berhak meminda mana-mana aspek
Hadiah tanpa pemberitahuan.
13. Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju untuk tertakluk kepada Terma
& Syarat rasmi dan keputusan yang ditetapkan oleh Kimberly-Clark.
14. Pemenang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarangan tanggungan
cukai hasil (jika ada); akibat daripada penerimaan Hadiah
15. Semua Terma dan Syarat adalah dilindungi oleh undang-undang Malaysia.
16. Untuk pertanyaan, sila hubungi talian bebas tol 1800 82 1188
(Isnin-Khamis, 9 pagi - 3 petang) atau E-mel: Marketing.My@kcc.com.