Tuala wanita merupakan tuala wanita kapas, dengan jalur atau pelekat dibawahnya agar ia boleh dipakai dengan melekatkannya pada seluar dalam kamu. Ia berbeza mengikut ketebalan. Ada yang datang dengan sayap untuk melindungi seluar dalam kamu daripada kebocoran di sisi. Yang lain mungkin lebih panjang untuk memberikan lebih perlindungan di belakang.
Memilih tuala wanita yang betul
Ketahui saiz, bentuk badan dan aliran period kamu. Pilih tuala wanita yang padan dengan kamu.
Ketebalan. Tuala wanita maxi biasa mempunyai ketebalan yang sesuai untuk aliran banyak. Ada orang yang sukakan tuala wanita lebih nipis yang mampu menyerap untuk hari aliran banyak. Ini kerana ia membuatkan mereka lebih selesa. Jadi pilihlah tuala wanita yang menyelesakan kamu.
Sayap atau tanpa sayap. Sayap boleh menghalang darah daripada terbocor ke seluar dalam kamu. Semasa hari aliran banyak ataupun kamu ingin melakukan aktiviti luar, pakailah tuala wanita bersayap.
Apabila membeli tuala wanita, kamu boleh pelbagaikan jenisnya. Jadi, bolehlah kamu pakai tuala wanita mengikut aliran dan tempoh haid kamu, dan jenis aktiviti yang akan kamu lakukan.
Bahan lapisan pelindung. Tuala wanita dijual dengan sama ada lapisan kapas atau jejaring/jalinan. Ada gadis yang sukakan kelembutan ekstra dan keselesaan yang terdapat pada lapisan kapas manakala ada yang sukakan rasa kering yang boleh didapati menerusi lapisan jejaring. Terpulang pada kamu!
Ketahui lagi bagaimana tuala wanita Kotex® boleh memenuhi kemahuan kamu.