Laman Utama

Soalan-soalan Lazim Kotex® Fresh Pantiliners

  1. Liner merupakan satu produk yang direka untuk membuatkan kamu rasa bersih, segar dan lebih kering bila-bila masa tak kira siang atau malam. Liner lebih nipis dan biasanya lebih kecil saiznya berbanding tuala wanita biasa. Liner memang bagus sebagai perlindungan sokongan sekiranya kamu period dan sedang memakai tampon. Ia juga sesuai untuk menyerap kebasahan dan menghalang seluar dalam kamu daripada kotoran akibat lelehan vagina biasa, peluh, titis-titis kebocoran air kencing dan aliran haid yang tak dijangka.
  2. Nipis dan selesa untuk dipakai, liner memang satu produk yang serba boleh. Ia boleh digunakan dalam banyak situasi. Contohnya, jika kamu memakai tampon, kamu juga mungkin perlu memakai panty liner untuk perlindungan tambahan. Selain itu, kamu juga mungkin memakai panty liner bila kamu tak period, untuk menyerap lelehan vagina biasa, peluh dan titis-titis kebocoran air kencing.
  3. Iya. Lelehan vagina memang normal dan tiada apa yang patut kamu malukan. Kebanyakan wanita mendapatnya pada masa-masa tertentu. Cubalah gunakan panty liner untuk kekal segar dan bersih. Namun begitu, jika lelehan kamu menjadi lebih banyak atau berbau, atau membuatkan kamu gatal, ini mungkin tanda-tanda yang kamu dah terkena jangkitan. Kebanyakan jangkitan boleh diubati dengan mudah. Jadi, jumpalah doktor!
  4. Bungkuskannya dengan kertas dan buang ke dalam tong sampah. Jangan pamnya ke dalam tandas. Ini kerana liner mempunyai lapisan plastik di belakang untuk menghalang kebocoran dan plastik tak boleh terkoyak dalam air dan akan menyebabkan tandas tersumbat.
  5. Liner kami kebanyakannya diperbuat daripada serat selulosa kayu – bahan mentah yang sama membuat kertas. (Kami “gebukan” serat-serat ini untuk menjadikan ia bahan yang menyerap dan lembut.) Lapisan luar dan pelindung tahan kelembapannya diperbuat daripada plastik tahan kelembapan seperti polypropylene atau polyethylene, untuk membantu mengurangkan kebocoran.
Ketahui rangkaian Kotex® Fresh Pantiliners kami.
® Registered Trademark Kimberly-Clark Worldwide, Inc. © 2009 KCWW | Kimberly-Clark Malaysia