Polisi Privasi
Pengenalan
Kimberly-Clark Corporation ("Kimberly-Clark") menghormati dan mendukung hak anda ke atas perlindungan privasi berkaitan pengumpulan, penggunaan, pendedahan dan pengendalian maklumat peribadi. Polisi ini memperincikan amalan yang telah kami serap untuk melindungi privasi anda, agar anda diyakinkan ke atas pengurusan kami terhadap maklumat peribadi yang telah anda beri.
Bila dan bagaimana kami mengumpulkan maklumat peribadi?
Maklumat peribadi merupakan mana-mana maklumat yang boleh digunakan untuk mengenal pasti anda. Kimberly-Clark mungkin mengumpulkan maklumat mengenai anda termasuklah maklumat peribadi (seperti nama, alamat e-mel, nombor telefon, tarikh lahir dan alamat rumah) dalam cara-cara berikut:
- melalui laman web kami;
- apabila anda menghubungi Wakil Khidmat Pelanggan kami untuk membuat pertanyaan atau aduan mengenai produk Kimberly-Clark tertentu; dan
- apabila anda menyertai promosi pelanggan dan kajian pasaran Kimberly-Clark.
Apa yang kami lakukan terhadap maklumat peribadi tersebut?
Matlamat utama Kimberly-Clark dalam pengumpulan maklumat peribadi adalah untuk memastikan pelanggan kami berpuas hati dengan produk kami dan untuk menyediakan perkhidmatan pelanggan yang berkualiti terhadap pelanggan kami. Maklumat peribadi anda tidak pernah dikongsi, dijual, disewakan atau sebaliknya didedahkan di luar syarikat (kecuali seperti yang diperlukan untuk sebarang kelayakan undang-undang atau kanun) dalam cara berbeza yang diperincikan dalam Polisi Privasi ini. Kami akan mengambil langkah-langkah sepatutnya untuk mengekalkan keselamatan dan integriti maklumat peribadi anda termasuklah penggunaan kata laluan komputer, kabinet berkunci, polisi peribadi dan tembok api (firewall).
Maklumat yang dikumpulkan melalui laman web kami
Kami tidak mengumpulkan maklumat peribadi yang boleh cam daripada anda, melainkan anda memberikannya pada kami secara suka rela dan menyedarinya. Ini bermakna anda tidak mempunyai obligasi untuk memberikan maklumat peribadi apabila anda melayari laman web kami. Walau bagaimanapun, sekiranya anda bersetuju untuk dihubungi selanjutnya oleh kami atau meminta untuk dimasukkan dalam senarai e-mel, kami mungkin memerlukan maklumat peribadi anda untuk menghubungi anda dari masa ke semasa.
Terdapat beberapa ciri laman web kami yang memerlukan anda untuk mendaftar agar boleh menggunakannya. Sekiranya anda mendaftar, kami menggunakan maklumat yang diberi untuk tujuan memberikan produk, maklumat produk atau perkhidmatan yang anda kehendaki. Disebabkan bilangan tinggi permintaan yang kami terima, kami mungkin perlu memberikan nama, e-mel dan alamat pos anda kepada pihak pelaksana atau wakil pengedar produk kami yang akan membantu memenuhi permintaan anda.
Laman web kami juga kadangkala mengandungi notis cabutan bertuah atau promosi lain yang sedang dijalankan, dan kami mungkin membolehkan anda untuk menyertai secara elektronik dalam sesetengah kes. Sekiranya ia berlaku, kami akan menggunakan semua maklumat selaras dengan seksyen dibawah yang bertajuk “Promosi Pelanggan dan Kajian Pasaran”.
Kanak-kanak
Privasi Kanak-kanak merupakan keutamaan kami. Kami tidak akan mengumpulkan maklumat peribadi kanak-kanak di bawah umur 13 tahun. Sebarang komunikasi yang diterima yang dikenal pasti sebagai kanak-kanak bawah umur 13 tahun tidak akan disimpan oleh Kimberly-Clark.
Kuki (cookies)
Seperti kebanyakan syarikat lain, kami kadangkala menggunakan teknologi kuki pada laman web kami. Kuki ini tersimpan pada komputer anda oleh pelayar. Apabila anda log masuk, kuki ini memberitahu kami sama ada anda pernah melayari laman web kami sebelum ini atau anda merupakan pengunjung baru. Kuki tersebut tidak mengambil maklumat peribadi yang anda berikan pada kami dengan apa cara untuk menghubungi anda dan kuki tersebut tidak mendapatkan maklumat daripada komputer anda. Kami menggunakan kuki untuk membantu mengenalpasti ciri-ciri laman web yang anda minati, agar kami dapat memberikan lebih maklumat yang anda mahukan.
Pautan
Laman web yang dioperasikan oleh Kimberly-Clark mungkin mengandungi pautan terhadap laman lain yang dioperasikan oleh pihak luar. Kimberly-Clark tidak membuat sebarang representasi atau waranti terhadap amalan privasi sebarang laman web pihak luar dan tidak akan bertanggungjawab terhadap Polisi Privasi laman web lain.
Maklumat yang dikumpulkan melalui Khidmat Nasihat Pelanggan kami
Kimberly-Clark akan menggunakan maklumat yang anda berikan kepada Khidmat Nasihat Pelanggan kami (sama ada melalui e-mel, telefon, surat atau faks) untuk memberikan anda maklumat, perkhidmatan dan produk yang berkaitan untuk memenuhi pertanyaan atau aduan pelanggan. Ini mungkin termasuk dengan penghantaran produk penggantian, helaian maklumat atau surat susulan berkaitan dengan pertanyaan atau aduan atau melakukan panggilan susulan. Kami juga mungkin menggunakan maklumat yang anda berikan untuk memerhati aduan berulangan mengenai produk tertentu Kimberly-Clark.
Maklumat peribadi anda yang dikumpulkan oleh Khidmat Nasihat Pelanggan kami juga mungkin digunakan untuk pembangunan produk dalaman dan tujuan kawalan kualiti.
Maklumat peribadi anda disimpan dalam pangkalan data dan kami juga menyimpan rekod bertulis semua surat-menyurat yang dihantar kepada anda. Sebarang aduan serius yang diterima Kimberly-Clark akan dicetak dan difailkan berasingan agar ia boleh diberi perhatian khas dan disiasat sewajarnya.
Sekiranya aduan anda bertambah dan memerlukan siasatan lanjut, maklumat peribadi anda akan dirahsiakan (dilabel tanpa nama) dan dimajukan kepada bahagian pembuatan untuk menentukan sama ada siasatan lanjut terhadap proses pembuatan perlu dilakukan. Sekiranya aduan tersebut merujuk kepada isu serius tertentu atau penting, maka maklumat peribadi atau kesihatan anda akan diberikan kepada bahagian pembuatan Kimberly-Clark atau makmal luaran agar isu tersebut boleh dianalisis dan diselesaikan secepat mungkin dengan cara yang paling efektif.
Maklumat yang dikumpul melalui Promosi Pelanggan dan Kajian Pasaran
Kimberly-Clark akan menggunakan maklumat peribadi yang diberikan pelanggan melalui pelekat promosi pada pek, borang penyertaan/penebusan, kupon, borang kaji selidik, soalan kaji selidik dan melalui laman web kami untuk tujuan memberikan anda insentif, hadiah, sampel dan produk promosi lain, maklumat dan perkhidmatan. Sebarang maklumat peribadi yang anda berikan mungkin dimasukkan ke dalam pangkalan data, dicatat dalam spreadsheet dan disimpan dalam format salinan cetak. Maklumat tersebut mungkin digunakan untuk promosi akan datang, pemasaran, kajian pasaran, pembangunan produk dan tujuan publisiti. Kamu boleh menghalang maklumat peribadi kamu untuk tujuan tersebut dengan memilih untuk berhenti bila-bila masa.
Kami juga mungkin berkongsi maklumat peribadi anda antara jabatan Kimberly-Clark dan dengan pihak ketiga seperti pihak pelaksana dan agensi pengiklanan yang membantu kami dalam aktiviti promosi, pemasaran dan kajian. Kami akan meletakkan obligasi terhadap sebarang organisasi luaran di mana kami berkongsi maklumat peribadi anda untuk mengekalkan integriti dan keselamatan maklumat tersebut.
Bolehkah anda mengakses maklumat peribadi yang telah dihantarkan pada kami?
Sekiranya maklumat peribadi anda bertukar (seperti alamat anda), atau sekiranya anda tidak lagi mahu menyimpan maklumat peribadi anda dalam rekod, kami akan berusaha untuk memberikan cara yang betul, untuk mengemaskini atau memadamkan rekod anda. Kami mungkin mengenakan sedikit yuran untuk membayar sebarang kos pentadbiran yang terlibat dalam memberikan maklumat peribadi anda. Sekiranya untuk apa alasan sekalipun anda percaya yang kami memegang maklumat tidak lengkap atau tidak tepat mengenai anda, anda boleh meminta kami untuk membetulkannya. Sekiranya anda mahu mengakses maklumat peribadi anda atau sekiranya anda mempunyai sebarang soalan mengenai Polisi Privasi kami, atau sebarang aduan mengenai penjagaan privasi anda oleh kami, sila hubungi:
Pegawai Privasi
Kimberly-Clark Singapore
3 Anson rd #16-01 Springleaf Tower
SINGAPORE 079909
Bagaimana sekiranya Polisi Privasi kami bertukar?
Kami akan menggunakan maklumat selaras dengan Polisi Privasi yang tertera bila mana maklumat tersebut dikumpulkan. Sekiranya kami memutuskan untuk menukar Polisi Privasi, kami akan menyiarkan perubahan tersebut pada laman web kami agar anda sentiasa mengetahui jenis maklumat yang kami kumpulkan, bagaimana kami menggunakannya, dan atas sebab apa, sekiranya ada, kami mendedahkannya.