Laman Utama

Pernyataan Undang-undang

PENTING! SILA BACA PERNYATAAN UNDANG-UNDANG INI DENGAN TELITI SEBELUM MELAYARI LAMAN INI.

Laman ini, www.kotex.com.my dimiliki, dioperasi dan diselenggarakan oleh KIMBERLY-CLARK CORPORATION atau syarikat gabungannya (“Kimberly-Clark”) dan telah dicipita untuk tujuan memberikan maklumat, pendidikan, hiburan dan komunikasi anda. Capaian dan penggunaan anda ke atas Laman ini adalah bersyarat di atas penerimaan dan pematuhan anda dengan syarat-syarat dan peraturan yang tertera dalam dokumen ini (“Syarat dan Peraturan”). Dengan mencapai dan melayari Laman ini anda menerima, tanpa pembatasan atau had, Syarat dan Peraturan ini.

Hak Milik Intelektual
Semua hak cipta dalam sebarang bentuk maklumat, teks, bahan-bahan, grafik dan perisian (“Kandungan”) pada Laman ini merupakan hak milik sepenuhnya Kimberly-Clark. Kandungan ini dilindungi oleh kedua-dua undang-undang hak cipta Malaysia dan Antarabangsa.

Semua nama, logo dan tanda nama merupakan hak milik Kimberly-Clark atau gabungannya. Tiada apa yang terkandung dalam Laman ini boleh ditafsirkan sebagai pemberian sebarang lesen atau hak penggunaan sebarang tanda nama yang dipaparkan pada Laman tanpa keizinan bertulis terlebih dahulu daripada Kimberly-Clark.

Had ke atas Penggunaan
Laman ini hanyalah dicipta untuk kegunaan peribadi anda, kegunaan bukan komersial (kecuali yang dibenarkan dalam ruangan ‘Mempromosikan perniagaan anda’). Anda boleh: (1) mencetak salinan Kandungan untuk kegunaan peribadi anda sahaja; (2) menyimpan fail-fail tersebut dalam komputer anda untuk kegunaan peribadi sahaja; (3) merujuk dokumen berhiperteks pada pelayan ini daripada dokumen anda sendiri; dan (4) sekiranya anda merupakan Pembekal Perkhidmatan Internet, membekalkan Kandungan kepada pelanggan anda.

Anda tidak boleh: (1) menyalin, mengubah, menyiarkan semula, menghantar atau mengedar Kandungan dalam apa bentuk sekalipun melainkan anda telahpun menerima kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Kimberly-Clark; atau (2) menggunakan Laman ini dalam apa cara sekalipun untuk tujuan yang menyalahi undang-undang dalam apa cara sekalipun yang melanggar hak Kimberly-Clark atau yang diarang oleh Syarat dan Peraturan.

Buah Fikiran Tanpa Diminta
Kimberly-Clark mengalu-alukan komen anda dan sedia menjawab sebarang persoalan anda mengenai produk dan syarikat kami. Namun begitu, kami tidak mencari, atau boleh menerima, buah fikiran yang tidak diminta, cadangan atau bahan-bahan berkaitan pembangunan, rekaan, pembuatan atau pemasaran produk kami. Dengan mematuhi polisi ini, kami berharap untuk mengelakkan sebarang salah faham selanjutnya di kalangan orang awam yang memberikan komen atau buah fikiran berkenaan produk atau konsep yang dibangunkan oleh kakitangan Kimberly-Clark.

Sekiranya anda menjadi kakitangan Kimberly-Clark, tiada sebarang bahan yang diberi pada Laman ini membentuk atau patut dianggap sebagai sebahagian kontrak penggajian. Selanjutnya, representasi yang dibuat tidak membentuk jaminan-jaminan atau kewajipan-kewajipan pada pihak Kimberly-Clark.

Bidang Kuasa
Produk yang dirujuk dalam Laman ini hanya terdapat di Malaysia (seperti yang ditandakan) dan mungkin tidak terdapat di negara anda. Laman ini dikawal dan dioperasikan oleh Kimberly-Clark dari Amerika Syarikat dan Kimberly-Clark tidak membuat sebarang representasi bahawa maklumat dan bahan-bahan dalam Laman ini, termasuk tanpa terhad terhadap maklumat dan bahan-bahan lain mempromosikan produk yang dikenalpasti di dalam ini, merupakan sesuai atau terdapat untuk kegunaan lokasi lain. Juga, sebahagian perisian dalam Laman ini mungkin tertakluk pada kawalan eksport yang ditetapkan oleh Kerajaan Amerika Syarikat dan tidak boleh dimuat turun atau sebaliknya dieksport atau dieksport semula ke dalam (atau ke warganegara atau penduduk) sebarang negara yang telah diembargo oleh Amerika Syarikat. Sekiranya anda memuat turun atau menggunakan perisian, anda mewakili dan mengesahkan yang anda tidak berada di dalam, atau dibawah kuasa, atau warganegara sebarang negara tersebut atau dalam sebarang senarai tersebut.

PENAFIAN WARANTI
KIMBERLY-CLARK TIDAK MEMBERIKAN SEBARANG REPRESENTASI ATAU WARANTI TERHADAP KETEPATAN, KEBOLEHPERCAYAAN ATAU KELENGKAPAN KANDUNGAN INI. SEMUA SYARAT, PENYERTAAN DAN WARANTI YANG DINYATAKAN ATAU DIKENAKAN OLEH KELAZIMAN, UNDANG-UNDANG ATAU STATUT DALAM APA CARA YANG BERKAITAN DENGAN CAPAIAN, ATAU BUKAN CAPAIAN, KE LAMAN INI ATAU PENGGUNAAN, ATAU KEBOLEHPERCAYAAN KE ATAS, LAMAN INI ATAU KANDUNGANNYA ADALAH TIDAK TERMASUK. KIMBERLY-CLARK TIDAK MENJAMIN SECARA BERTULIS ATAU TERSIRAT YANG CAPAIAN ANDA KE DALAM LAMAN INI (ATAU LAMAN YANG DIPAUT DALAM APA CARA SEKALIPUN TERHADAP LAMAN INI) AKAN TERGANGGU ATAU BEBAS RALAT. KIMBERLY-CLARK TIDAK MENJAMIN SECARA BERTULIS ATAU TERSIRAT YANG SEBARANG KEROSAKAN AKAN DIPERBETULKAN ATAU LAMAN TERSEBUT (ATAU LAMAN YANG DIPAUT DALAM APA CARA SEKALIPUN TERHADAP LAMAN INI) KEPADA PELAYAN YANG MENYIMPAN DAN MENGHANTAR KANDUNGAN KEPADA ANDA ADALAH BEBAS VIRUS ATAU SEBARANG KOMPONEN BERBAHAYA LAIN.

Pembatasan Liabiliti
Kimberly-Clark tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan secara langsung, tidak langsung, sampingan dan/atau istimewa tetapi tidak terhad kepada kerugian atau keuntungan yang disebabkan capaian anda kepada, atau ketidakmampuan capaian, ke Laman ini atau penggunaan anda, atau kebergantungan terhadap, Laman ini atau Kandungan yang tercatat di dalamnya. Tambahan, Kimberly-Clark tidak mempunyai tanggungjawab untuk mengemaskini Laman ini atau Kandungan tersebut dan Kimberly-Clark tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kegagalan untuk mengemas kini maklumat tersebut.

Pautan
Kimberly-Clark menolak semua waranti berkenaan dengan kandungan atau sebaliknya berkaitan laman-laman lain atau sumber yang dipautkan dalam apa cara sekalipun kepada Laman ini. Sebarang pautan dengan laman pihak ketiga disediakan hanya untuk tujuan kemudahan sahaja. Kimberly-Clark tidak bertanggungjawab dan tidak membuat sebarang representasi berkenaan syaran dan kandungan, atau produk yang ditawarkan oleh laman pihak ketiga tersebut. Pautan tidak semestinya menyatakan, menunjukkan atau secara tersirat, bahawa Kimberly-Clark menyokong produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Capaian anda ke atas sebarang laman yang dipaut dan penggunaan sebarang produk dan perkhidmatan yang ditawarkan di sana merupakan tanggungjawab anda sepenuhnya.

Undang-undang yang Menguasai
Sebarang pertikaian berkenaan Kandungan atau sebaliknya berkenaan Laman ini akan dikuasai oleh Undang-undang Malaysia.

Privasi
Sebarang data peribadi yang anda hantarkan ke Laman ini melalui mel elektronik atau sebaliknya, akan digunakan oleh Kimberly-Clark selaras dengan Polisi Privasi yang dipaparkan pada Laman ini.

Perubahan di Masa Hadapan
Kimberly-Clark mungkin pada bila-bila masa di atas budi bicara mutlaknya untuk mengubah Pernyataan Undang-undang ini termasuk sebarang atau kesemua Syarat dan Peraturan. Dengan terus menggunakan Laman ini selepas sebarang perubahan dibuat anda akan tertakluk kepada perubahan-perubahan tersebut.

Lain-lain
Kimberly-Clark, di atas budi bicara mutlaknya, berhak sepenuhnya untuk mengawasi dan mengeluarkan sebarang kenyataan dan memberhentikan ketersediaan Laman ini pada bila-bila masa tanpa sebarang pemberitahuan awal. Semua artikel yang dipaparkan pada ruangan “Ketahui Perkara Sebenarnya” hanya diberikan untuk pengetahuan umum sahaja dan tidak bermaksud untuk menggantikan nasihat daripada wakil perubatan profesional anda atau memberikan nasihat kesihatan atau sebarang diagnosis. Pengguna yang mempunyai masalah kesihatan tertentu sepatutnya merujuk kepada penasihat kesihatan profesional yang tertentu. Kimberly-Clark tidak akan dipertanggungjawabkan ke atas sebarang tuntutan dan/atau kerosakan yang timbul akibat daripada penggunaan atau penyalahgunaan maklumat yang terkandung dalam Laman ini. Sekiranya sebarang syarat, peraturan atau peruntukan yang terdapat pada Pernyataan Undang-undang ini diputuskan sebagai menyalahi undang-undang, tidak sah, terbatal, atau untuk sebarang sebab yang tidak boleh dikuatkuasakan, kesahan dan penguatkuasaan syarat, peraturan dan peruntukan selebihnya tidak akan terbabit atau terjejas olehnya. Pernyataan undang-undang ini membentuk keseluruhan persetujuan di antara anda dan Kimberly-Clark berkenaan dengan fasal atau subjek yang dinyatakan di dalam ini.

Dengan menggunakan laman ini, anda memberikan persetujuan anda ke atas syarat-syarat DAN peraturan-peraturan yang tertakluk. SEKIRANYA ANDA TIDAK BERSETUJU DENGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN-PERATURAN INI, JANGAN MENGGUNAKAN LAMAN INI.

® Registered Trademark Kimberly-Clark Worldwide, Inc. © 2009 KCWW | Kimberly-Clark Malaysia