Bantuan Laman
Soalan-soalan lazim yang berikut akan membantu anda untuk melayari laman web Kotex dengan lebih mudah. Anda boleh menamatkan video tersebut pada bila-bila masa dan pilih item lain yang mungkin menarik minat anda. Hanya klik pada tajuk yang terletak di sebelah kanan tersebut.
Soalan-soalan Lazim
S. Saya perlu skrol ke tepi untuk melihat seluruh laman. Bagaimana saya nak buatkan agar laman tersebut muat sepenuhnya pada skrin komputer saya?
J. Laman ini direka dan dicipta untuk dipaparkan pada kebanyakan saiz skrin lebar, iaitu resolusi 1024 kali 768. Sebarang monitor dengan resolusi ditetapkan lebih rendah daripada ini akan mempunyai skrol melintang tersebut.
Kamu juga boleh membuatkan laman Kotex ini untuk muat sepenuhnya pada skrin PC. Cara yang paling mudah untuk mengubahnya; klik kanan pada ruang belakang skrin pada monitor kamu dan klik “Properties”. Kemudian klik “Settings” dan tukar resolusi skrin kamu kepada 1024 kali 768.
S. Apa itu Adobe Acrobat Reader dan adakah ia selamat untuk dimuat turun?
J. Adobe Acrobat Reader merupakan satu program yang digunakan secara meluas dan ia membolehkan pengguna untuk membuka fail berformat istimewa dengan .PDF di hujungnya. Kami menggunakan PDF untuk kebanyakan fail di laman ini. Pada laman yang terdapat format ini, kami telah menyediakan pautan ke Adobe Acrobat Reader untuk memudahkan kamu memuat turun program tersebut.
S. Apa itu Flash Macromedia dan kenapa saya perlukannya
J. Kami telah memuatkan beberapa elemen video ke dalam laman web Kotex ini. Untuk melihat video tersebut, kamu perlu memuat turun Flash Macromedia terlebih dahlu. Pada laman yang menggunakan format ini, kami telah menyediakan pautan ke Flash Macromedia untuk memudahkan kamu memuat turun program tersebut. turun program tersebut.
S. Kenapa saya perlu membenarkan kuki (cookies) semasa melayari laman web Kotex?
J. Laman web Kotex menggunakan kuki (cookies) untuk memperbaiki fungsi-fungsi dan keupayaan laman ini buat semua ahlinya. Contohnya, kami mempunyai beberapa promosi dan alatan yang boleh dicapai oleh ahli laman web ini.
S. Kenapa saya tidak boleh mencapai sesetengah maklumat dan aktiviti yang terdapat pada laman ini?
J. Terdapat beberapa bahagian laman ini yang telah dicipta khusus buat ahli kami. Untuk mencapat sebarang aktiviti atau maklumat yang mempunyai ikon kekunci merah disebelahnya, kamu hanya perlu mendaftar sebagai ahli, ataupun jika kamu telah menjadi ahli, hanya log masuk sahaja. Kamu akan menikmati pelbagai keistimewaan sebagai seorang ahli dengan serta-merta.
S. Kenapa saya asyik dilog keluar daripada laman web Kotex?
J. Kamu mungkin membiarkan komputer kamu begitu sahaja untuk satu jangka masa yang lama. Jadi ia akan menyebabkan kamu dilog keluar secara automatik selepas 30 minit berada dalam keadaan tidak aktif. Kamu boleh menukarnya dengan memilih “remember me” pada kekotak bertanda hijau.
S. Saya cuba untuk masuk pertandingan tetapi telah terlupa kata laluan saya. Sekarang saya tidak boleh mendaftar semula kerana telah menjadi ahli dibawah alamat e-mel saya yang sedia ada.
J. Sekiranya kamu terlupa kata laluan, kamu boleh menghantar e-mel pada diri sendiri mengandungi kata laluan dengan klik pada “Forgotten password?” Sekiranya kamu tidak menerima e-mel tersebut dalam beberapa minit, sila semak Folder “Bulk Mail Folder”, kerana dikuathiri e-mel tersebut dianggap sebagai “spam”.