Adakah terdapat sebarang cara untuk melihat salur vagina?
Adakah penggunaan tampon akan memecahkan dara saya?
Adakah menggosok vagina akan menyebabkan ia luka?
Ada tak perempuan yang tak ada vagina?
Adakah vagina dan organ seks lain berubah rupa apabila seseorang itu semakin tua?
Bila saya patut mendapatkan nasihat doktor mengenai isu seperti mendapatkan anak atau melakukan hubungan seks?
Adakah terdapat sebarang cara untuk melihat salur vagina?
Susah sebenarnya nak tahu bagaimana rupanya vagina tu. Selain gambar-gambar yang kamu selalu lihat dalam majalah dan bukut teks, kamu pasti tak tahu bagaimana rupa sebenarnya, kan? Ia terdiri daripada tiub dengan dinding merah jambu dan untuk melihatnya, kamu perlukan pertolongan doktor yang mahir. Pemeriksaan pelvik dilakukan untuk mendapat pandangan terus saluran vagina. Doktor boleh melakukannya dengan menggunakan peralatan plastic atau besi untuk membuka dinding vagina tersebut. Bunyinya mungkin agak menakutkan, tapi peralatan tersebut telah dihangatkan sertap diselaputi pelincir agar mudah dimasukkan. Kaedah yang lebih canggih untuk melihat dalam vagina adalah melalui ultrabunyi. Ultrabunyi merupakan mesin yang menggunakan gelombang bunyi. Gelombang bunyi ini kemudiannya dianalisis oleh komputer dan menghasilkan imej. Kamu mungkin melihat sebarang perubahan di dalam vagina dan sebarang struktur berdekatan menggunakan kaedah ultrabunyi.
Adakah penggunaan tampon akan memecahkan dara saya?
Selaput dara menutupi sebahagian pembukaan vagina dan biasanya mempunyai beberapa lubang di tengah-tengah. Bila kamu memasukkan tampon, ia melalui pembukaan di dalam dara tersebut. Selaput dara akan meregang sedikit bila kamu melakukannya dan kembali ke bentuk asal apabila kamu mengeluarkan tampon. Dalam kebanyakan kes, dara biasanya tidak akan terkoyak tetapi untuk sesetengah gadis, dara mereka mungkin tidak akan meregang. Bila ini berlaku, selaput dara mungkin terkoyak atau kamu mungkin susah untuk memasukkan tampon. Selaput dara juga mungkin telah terkoyak kerana persetubuhan, menunggang kuda dan berbasikal. Senaman yang memerlukan fleksibiliti seperti gimnastik juga boleh mengoyakkan selaput dara.
Kamu boleh menyapu pelincir berasaskan air seperti Jeli KY pada tampon agar ia boleh dimasukkan dengan mudah. Ikuti arahan yang disediakan pada pek tampon tersebut. Mungkin kamu perlu berlatih beberapa kali untuk memasukkan tampon, tapi awas, sekiranya sukar untuk kamu menggunakannya, jangan paksa diri kamu. Ini kerana, walaupun tidak banyak kes, tetapi ada juga gadis yang mempunyai selaput dara yang tebal dan tegar, menyebabkan susah untuk memasukkan tampon.
Adakah menggosok vagina akan menyebabkan ia luka?
Vagina dilapisi oleh membran nipis. Penutupan ini tidak mempunyai ketebalan seperti kulit. Sekiranya kamu menggosok vagina tanpa menyapu gel atau pelincir yang sesuai, ia mungkin menyebabkan kecederaan kerana lapisan nipis ini mudah terkoyak. Ia akan menyebabkan kepedihan dan kemerah-merahan di kawasan tersebut. Apabila ini terjadi, ia boleh merasa seperti panas atau terbakar apabila kamu membasuh kawasan tersebut. Luka pada lapisan ini juga mungkin menyebabkan jangkitan.
Ada tak perempuan yang tak ada vagina?
Ada bayi yang dilahirkan tanpa vagina! Vagina sebenarnya terbentuk ketika 3 bulan pertama kehamilan. Genetik dan hormon mempengaruhi pembentukan vagina. Gen juga mempengaruhi semuanya yang ada pada kita termasuklah warna kulit dan sikap kita. Kita mendapat gen-gen ini daripada ibu bapa kita. Dalam sesetengah kes, terdapatnya sesuatu yang tidak normal berlaku terhadap gen-gen ini yang menyebabkan keabnormalan pada tubuh kita. Dalam sesetengah kes juga, penggunaan dadah berbahaya dan pendedahan terhadap bahan kimia tertentu mungkin menyebabkan keabnormalan fizikal apabila bayi itu lahir. Perubahan begini dipanggil sebagai mutasi. Mutasi tak semestinya berbahaya tetapi dalam sesetengah kes, ia mungkin menyebabkan keabnormalan pada tubuh. Ketiadaan vagina pada wanita ialah tidak normal. Bayi yang lahir tanpa vagina juga mungkin mempunyai kecacatan lain pada tubuh mereka.
Adakah vagina dan organ seks lain berubah rupa apabila seseorang itu semakin tua?
Hormon seks estrogen dan progesteron dibebaskan oleh ovari yang merupakan organ seks wanita. Sel lemak dan kelenjar adrenal yang merupakan kelenjar kecil yang terletak berhampiran buah pinggang juga membebaskan estrogen dalam darah. Estrogen mempengaruhi organ seks, kulit, tulang dan juga salur darah. Progesteron pula dibebaskan oleh ovari dan kelenjar adrenal. Biasanya ia akan dibebaskan ketika di akhir kitaran haid. Progesteron memastikan penyuburan sel telur yang dibebaskan oleh ovari wanita semasa pengovulan. Sekiranya seseorang wanita itu hamil, progesteron memastikan yang fetus itu mampu bertahan di peringkat awal kehamilan. Apabila seseorang wanita mencapai umur 40 – 50 tahun, jumlah estrogen yang dibebaskan oleh ovari makin berkurangan. Disebabkan pengurangan estrogen, saiz ovari wanita akan mengecil dan berhenti berfungsi. Sel telur tidak lagi dibebaskan oleh ovari setiap bulan dan wanita itu tidak lagi didatangi haid.
Bila saya patut mendapatkan nasihat doktor mengenai isu seperti mendapatkan anak atau melakukan hubungan seks?
Semakin umur kamu meningkat, kamu pun mula membuat keputusan untuk diri sendiri. Kamu mungkin dah mula mengambil keputusan mengenai sesuatu tanpa bertanya pada mereka yang rapat dengan kamu. Jadi bila kamu memutuskan untuk mengadakan hubungan seks atau mula aktif melakukan hubungan seks, adalah lebih baik kalau kamu meminta nasihat daripada ahli keluarga, cikgu atau saudara-mara yang lebih matang. Kamu akan memerlukan petunjuk dan bantuan mereka sebaik sahaja kamu mengenal diri sendiri terutamanya dari segi seksual.
Seorang pakar sakit puan ialah seorang doktor yang tertumpu pada bidang kesihatan wanita termasuklah masalah semasa kehamilan dan kelahiran bayi. Kamu boleh mula berjumpa dengan pakar sakit puan apabila kamu mula aktif secara seksual atau memutuskan untuk berbuat sedemikian. Untuk wanita yang tidak pernah bersetubuh tetapi telah mula mengalami kekeringan vagina, kegatalan, kitaran haid yang tak stabil atau kesakitan di bawah kawasan bawah abdomen, berjumpalah dengan pakar sakit puan untuk mendapatkan nasihat.