Kamu baru sahaja period dan kini kamu tertanya-tanya apakah tuala wanita yang sesuai buat kamu. Kawan-kawan mungkin beritahu kamu mengenai tampon dan kamu juga ingin mencubanya. Kamu mungkin takut seluar baru kamu tu kotor dan kamu pun tak pasti sama ada boleh ke tak bermain tenis dengan rakan semasa kamu sedang period.
Jangan takut. Period kan satu benda yang semula jadi yang dialami oleh semua wanita. Ia tak sepatutnya menghalang kamu daripada memakai seluar yang kamu suka ataupun melakukan aktiviti yang kamu kehendaki.
Jadi, Tuala Wanita atau Tampon?
Tak tahu nak pilih yang mana satu? Sebenarnya, semuanya terpulang pada kamu! Pilihlah sesuatu yang lebih mudah dan menyelesakan kamu.
Tuala Wanita
- Tuala wanita merupakan tuala kapas yang leper. Ia mempunyai pelekat di bawahnya agar ia boleh dipakai bila-bila masa dengan melekatkannya pada seluar dalam kamu. Ia berbeza dari segi ketebalan. Ada yang datang dengan sayap untuk melindungi seluar dalam kamu daripada kebocoran. Jenis lain pula mungkin lebih panjang berbanding tuala wanita biasa.
Tampon
- Kebanyakan tampon diperbuat daripada kapas sama seperti tuala wanita kamu. Kapas itu digulungkan sehingga ia menjadi tiub nipis. Berbeza dengan tuala wanita, tampon dimasukkan ke dalam vagina semasa period kamu banyak atau biasa. Ia mungkin agak sukar untuk pengguna kali pertama. Ikut arahan yang tertulis pada pek, dan ia mungkin memudahkan kamu.